Utusan Online

There was an error in this gadget

Prayer Times

Sunday, November 8, 2009

PERANCANGAN PERSARAAN DAN PENGGANTIAN

Perancangan persaraan merupakan satu aspek penting dalam pengurusan kekayaan. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mempertimbangkan beberapa isu berikut:

• Jangkamasa anda akan bersara
• Jumlah wang yang anda perlukan untuk terus menikmati gaya hidup semasa anda
• Rancangan penggantian mengenai siapa dan bagaimana perniagaan akan dijalankan selepas anda bersara.

Ini adalah untuk memastikan wujudnya rancangan yang akan memaksimumkan harga jualan perniagaan anda atau membolehkan perniagaan diteruskan dengan gangguan yang kecil.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam membentuk rancangan persaraan ialah:
• Penilaian/analisis keperluan persaraan masa depan
• Analisis taraf/gaya hidup semasa dan perbelanjaan masa depan
• Analisis atas dana dikumpul (pelaburan & tabungan) dengan mengambil kira inflasi, insurans dan percukaian
• Keadaan keluarga (bilangan tanggungan, umur, keperluan pendidikan, dll.)

Perancangan penggantian membolehkan pemilik perniagaan mengendalikan perniagaannya secara tersusun Sekiranya berlaku kematian secara tiba-tiba, kehilangan keupayaan sepenuhnya dan kekal atau persaraan. Kematian seseorang pemilik perniagaan secara tiba-tiba tanpa perancangan penggantian yang baik akan menjejaskan nama baik perniagaan dan mungkin menyebabkan masalah mudah tunai. Malah perancangan penggantian ini menjadi lebih penting sekiranya ahli keluarga pemilik perniagaan tidak mempunyai pengetahuan, kepakaran atau minat untuk mengambil alih dan menjalankan perniagaan itu. Sebagai pemilik perniagaan, anda patut memulakan perancangan penggantian pada peringkat awal bagi memastikan pemindahan hak milik yang teratur dan efisien. Dengan adanya rancangan penggantian, anda dapat:

• Meminimumkan risiko pertikaian keluarga dan gangguan perniagaan
• Mengekalkan pegangan saham perniagaan dalam keluarga atau memberikannya kepada individu pilihan anda
• Merancang persaraan anda daripada perniagaan