Utusan Online

There was an error in this gadget

Prayer Times

Sunday, May 24, 2009

kelebihan ayat Al-Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :
dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan. dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah
kisah misteri kelebihan membaca ayat kursi
Pada suatu mlm..seorang perempuan islam di amerika syarikat baru pulang dari tempt kerja...perempuan itu dalam lingkungan 30 tahun... tetapi dia pulang ke rumahnya agak lewat kira-kira 3 pagi....dia melalui lorong2 gelap sebelum sampai ke rumahnya dengan berjalan kaki seorang diri.....Tiba-tiba..ketika melalui satu lorong yang sangat gelap..dia terlihat dua orang lelaki yang sangat bengis sedang memerhatikannya...lalu perempuan ini berasa sangat gementar lantas membaca doa dan ayat kursi..akhirnya 2 org lelaki ini hanya memerhatikannya dengan penuh ketakutan...dia berasa hairan...Kemudian, dia meneruskan perjalanannya pulang kerumah dengan penuh curiga...kemungkinan hatinya berbisik" kenapa mereka tidak mengapa2 kan aku, sedangkan aku keseorangan"...hairan dan pelik..Keesokan harinya, sewaktu dia membaca berita di tv dan surat khabar....dia berasa amat terkejut...berita di tv memaklumkan bahawa terdapat seorang perempuan telah mati dirogol dan dibunuh di tempat dia bertemu dua orang lelaki yang bengis itu pada waktu dan masa yang sama dia melalui lorong gelap itu...Alangkah terkejutnya dia.....dia pon memanjatkan kesyukuran kepada allah...Lantas dia pergi ke balai polis untuk memaklumkan kepada pihak polis berkaitan dengan kejadian tersebut dengan mengecam pembunuh dan perogol itu...lalu akhirnya pihak polis berjaya menangkap pembunuh dan perogol itu...Perempuan ini pon mendekati perogol-perogol itu lantas bertanya sesuatu...kemungkinan ini yg ditanya"mengapa anda semua tidak merogol dan membunuh saya malah berasa ketakutan ketika saya melalui lorong itu"...dan mengapa perempuan yang melalui lorong gelap itu sejurus selepas saya pergi yang anda bunuh dan bukannya saya"...Lalu perogol-perogol itu menjawab..."sewaktu anda(perempuan itu) melalui lorong gelap itu, kami dapati terdapat 2 lembaga yang sangat besar di kiri dan kanan anda dengan muka yang sangat bengis dan menakutkan...kemungkinan kami fikir bodyguard anda..disebabkan itu kami berasa takut kepada anda dan tidak merogol anda"..Perempuan itu menarik nafas lega...alangkah bersyukurnya dia terselamat daripada dirogol dan dibunuh kerana mendapat pertolongan daripada allah s.w.t... bahawasanya allah s.w.t akan mengirimkan 2 orang malaikat untuk menjaga seseorang yang membaca ayat qursi...bersyukurlah kita kepada allah s.w.t..